Friday, January 16, 2009

Hadirmu sayang..

Dengan rimbunan daun-daun rindu
Dan iringan ranting-ranting kenangan lalu
Kita himpun segala duka dan pilu
Kita buang segala kenangan silam..
Kita bina titik kemesraan
Dari benci dan air mata
Kau susun unggas dari serangga
Menjadi mainan hidupku..
Kau anyam bunga-bunga itu
Menjadi himpunan kasihku
Kau sirnakan cahaya
Untuk ku pulang dari rimba dan lautan...

Wednesday, January 14, 2009

Mengapa Aku Masih.....


Dalam bicaraku terselit rasa hiba
Dalam ketawaku tersimpan rasa duka
Dalam senyumku tersemat rasa pilu
Dalam riangku terlindung sendu
Dalam diamku pasti ada sesuatu
Yang mengguris hati, tercalar perasaan
Yang menyentuh jiwa milikku
Lantas…
Hanyutlah aku membawa hiba
Terdamparlah aku bersama duka
Ada cahaya penawar jiwa yang pilu
Aku tidak tahu,
Yang pasti..
Dalam hidupku ada airmata
ada kepedihan, ada kehampaan
yang tak mungkin hilang…

Kau Bukan Untukku..


Doaku agar kau bahagia selamanya
Agar kau temui insan yang lebih menyayangimu
Lepaskan dirimu kerana keegoaanku
Bukan kerana dendam
Tetapi kerana ku terpaksa..
Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
Tidak kesampaian Cinta kita..
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku dikejauhan mendoakan agar kau bahagia
Tiada lagi duka..
Ku rela mengundur diri
Ku pasti dikau fahami
Tiada penyesalan kasih ku korbankan
Andai telah tertulis
Ku terima ini bukan ku pinta
Pergilah dikau diiringi kesedihanku…

Tuesday, January 13, 2009

Hanya Pada-MU..

Ya Allah..
Andai Kau perkenan, limpahkanlah Cinta kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu
Rasulullah dan Khadijah,
Yang Kau jadikan air mata kasih sayang
Ali Bin Abi Talib dan Fatimah Az-Zahra,
Yang kau jadikan penghias keluarga Rasul-Mu yang suci..

Ya Allah..
Andai semua itu tidak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permintaan kami dengan Redha-Mu,
Jadikanlah kami suami isteri
Yang saling mencintai dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan didalam solat..

Ya Allah..
Sempurnakanlah kebahagiaan kami,
Dengan menjadikan pertalian kami ini
Sebagai ibadah kepada-Mu,
Dan bukti ketaatan kami pada sunnah Rasul-Mu…

Doa Hambamu..

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku,
Tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi,
Dan Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi..

Ya Allah…
Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat,
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun Akhirat,
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka..
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia
Sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku
Keturunan yang soleh dan solehah…

Resah..

Tuhanku…
Sungguh Engkau mendengar tangisan dan rintihanku,
Engkau saksi sedihku dimalam hari,
Rahmatmu mencegahku dari berputus asa,
Cairkan dukaku dengan khabar gembira dari-Mu,
Terangi gelapku dengan Cahaya-Mu,
Ampuni aku hambamu yang hina,
Keluarkan aku dari kegelisahan ini…

Friday, January 9, 2009

Terima Kasih Teman

Telah lama ku intai bayangmu
Namun tidak pernah kau tahu akan kehadiranku
Dari hari ke hari
CINTA ku mulai berputik buatmu..

Kucuba usir rasa ini
Namun,
Siapalah diriku ini untuk menolak
Kehadiran CINTA di dalam hati ini

dan..
Tanpa aku sedari
Kau jua mengintai bayanganku
Mengharap akan kehadiranku
Tiap waktu..

Ku luahkan padamu
Rasa CINTAku
Yang telah terpendam lama
Jauh nun di sudut hatiku
Apakah kau jua merasakannya??
Ya!
Terima kasih teman!!

Terima kasih..
Kerana sudi menyirami cintaku yang tandus
Kerana sudi membajai p0hon kasih
Kerana sudi mengisi kek0songan hatiku
Kerana sudi berk0ngsi suka dan duka bersama ku..

Dan terima kasih..
Kerana sudi menCINTAiku…

Thursday, January 8, 2009

Dalam Hatiku..Dikau Bersemi..


Duhai kekasih..
semusim berlalu,aku masih mencarimu..
bersama desiran ombak
di sebalik pepasir,nan putih bertabur..
sudah sebegitu lama aku mencarimu
di sebalik awan dalam gelap malam..

kini kutemui dikau,
di sini,dalam hati ini
ia bersemi...

Wednesday, January 7, 2009

Saat KAU Berikan Petunjuk-Mu


Ya Allah..
Akhirnya jawapan-Mu datang juga
Terimakasih kerna ku tak perlu menunggu lama
untuk melihat jawapan dari semua
Hari ini ku mendapatkan jawapan atas semua doa
Jawapan yang mungkin tak pernah aku duga

Ya Allah..
Ternyata aku tak cukup baik untuk nya...
Ternyata ada orang lain yang lebih baik
Yang KAU siapkan untuknya

Ya Allah..
Saat ku dengar jawapan darinya
Aku tak kuasa
Jawapan atas pertanyaan yang sebenarnya tak terencana
Ya ilahi rabbi..
Mungkin ini adalah kisah yang memang KAU tuliskan untukku
Kisah yang akhirnya melepaskan semua kisah indahku
Astaghfirallah..
Ampuni aku ya rabb...
Yang menyalah ertikan “waktu tunda-Mu”
Yang menyalah ertikan setiap “petunjuk-Mu”
Aku masih ingat setiap janji-Mu
Bahawa Kau punya rencana terindah untuk setiap Umat-Mu

Ya Allah..
Izinkan aku memohon sesuatu untuknya
Jikalau boleh,
Hari ini aku akan berdoa untuknya
Sayangilah dia seperti aku menyayanginya
Tersenyumlah padanya seperti saat aku tersenyum bila mengingatnya
Bahagiakan dia seperti saat KAU membuat aku bahagia mengenal dirinya
Lindungi dia atas semua keputusan yang akan di ambil dalam hidupnya

Ya Allah..
Aku akan melepasnya demi semua kisah yang Kausiapkan untukku
Aku akan melepasnya walau hati ini sebenarnya tidak setuju

Ya Illahi Rabbi..
KAU begitu menyayangiku karena aku begitu menyayangi-Mu
KAU begitu mencintaiku hingga KAU tak rela sembarang orang Memilikiku
KAU begitu menyukaiku sehingga hari ini KAU datang dengan Ujian-Mu
KAU begitu merindukanku sehingga KAU buat aku selalu mengingat-Mu

Ya Illahi Rabbi..
Tak terasa air mata ini menetes di kedua telapak tangan dalam sujudku
Saat teringat KAU Ijjabah semua Doaku
Ya Rabb... Pantaskah Aku...?

Ya Illahi Rabbi..
Kini aku sendiri,
tapi berjanjilah KAU akan tetap menemani di relung hati
Menemani hati yang kini sepi
Ya Illahi Rabbi..
Jangan KAU biarkan aku tersesat dalam indahnya mimpi
Jangan KAU biarkan aku terbuai oleh sesuatu yang belum pasti

Ya Illahi Rabbi..
Aku ikhlas melepas dia hari ini
Aku ikhlas untuk semua yang telah terjadi

Ya Illahi Rabbi..
Berjanjilah ini untuk yang terakhir kali
Aku melepas orang yang ter pilih
Berjanjilah kau akan memberi pengganti
Pengganti yang memang telah KAU pilih..

Sedikit Waktu

Terkadang, Aku perlu waktu, Untuk sendirian.. Tanpa ditanya kenapa, Kerna, Aku pun tidak pernah tahu, Alasannya kenapa….