𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.

Saturday, April 28, 2018

Yang Terindah...

Aku tetap mencintainya..
Meskipun ia tak dapat ku rengkuh dalam pelukkan ku..
Kerana cintanya sentiasa bersama jiwaku..

Friday, April 27, 2018

Kesempurnaan...

Kesempurnaan..?
Kesempurnaan dari setiap keinginan dan kehendak ku..
Terlalu jauh untuk aku merasainya..
Kenapa?
Mungkin ini takdir ku..
Atau aku harus mencari..?
Sungguh,
Hanya sedikit ruang dan waktu yang aku perlukan darimu..
Aku sentiasa mahukan nya..
Jiwaku seolah-olah meronta!
Ketahuilah..
Aku sentiasa mahu dimanja,
Aku sentiasa mahu dipelukmu,
Aku sentiasa mahu dibelai olehmu,
Aku sentiasa mahu disayangi,
Aku sentiasa mahu diperlukan,
Untuk setiap waktu..setiap saat..senantiasa....
Namun apa yang aku rasai..?
Aku kadangkala kesepian...
Hanya itu yang aku pinta dalam memenuhi kesempurnaan..
Kesempurnaan yang semuanya tentang perasaanku...

Thursday, April 26, 2018

Cerita Kita..











Cerita seribu kisah,
Biar masa jadi penyudah,
Kamu dan aku bertemu di hamparan waktu,
Pada detik tertentu,
Namun cukup indah hingga rindu 
tiada jemu mendatangi aku...
Pun..
Ia rahsia tak bisa terluah bicara...

Rindu Bersabda..












Bersabdalah rindu,
di benak hatiku,
bertali arus,
tidak terputus,
akan rinduku terhadapmu,
umpama aliran air,
di celahan pepohon kayu,
mengalir laju..
dinginnya menyentuh kalbu,
rindu bertamu,
membelai sukma rinduku,
hanyalah kamu..
kerinduanku bernafsu,
Aku merinduimu selalu...

Tuesday, April 10, 2018

Pertahankanlah Aku...

Melewati waktu bersamamu,
Melawan hari membina kasih,
Mengukir indah kisah kita.. 
Kamu yang aku cintai,
Akan selalu aku sayangi..
Kamu yang aku jaga,
Akan selalu aku pertahankan.. 
Kamu yang aku rindukan,
Akan selalu aku nantikan.. 
Dan kamu yang bererti untukku,
Takkan pernah aku lepaskan..

Kasih,
Pertahankanlah diriku dan cintaku,
Walau untuk seketika..
Sungguh aku rayu.....

𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗗𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗶, 𝗖𝘂𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗝𝗮𝘂𝗵

𝙰𝚍𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚎𝚋𝚊𝚐𝚊𝚒 𝚔𝚊𝚠𝚊𝚗,
 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚝𝚎𝚝𝚊𝚙 𝚖𝚊𝚑𝚞 𝚕𝚒𝚑𝚊𝚝 𝚋𝚎𝚛𝚓𝚊𝚢𝚊...