Thursday, April 11, 2019

Saat Aku Harus Belajar..


Kadang...
Ada saat dimana kita harus hadapi semua dengan sendiri..
Mesti hati menangis, 
Tiada pilihan lain 
Selain berusaha TEGAR dan DOA.
Keadaan memaksa kita 
harus KUAT meski sebenarnya 
kita tidak MAMPU..

Friday, March 29, 2019

Celaru..

Marak dengan rindu,
Muram dengan cemburu..

Kadang tak tertanggung hati ini dengan ujian-Mu,
Sering aku tersesat mencanai keliru,
Bersabar mencari-cari denai keluar,
Terhuyung hayang memikul beban mencari-cari tempat menyandar,
Letih,
Pedih jiwa terselar!

Pada yang manis itu engkau kirimkan racun,
Pada yang pahit itu engkau letakkan penawar,
Lalu Engkau bertanya - aku pilih yang mana?
Lalu Engkau memaksa - hingga aku terpaksa..
Benar aku ini hamba,
Maka tentu saja aku mahu pilih apa-apa pun yang Engkau suka.
Tapi sungguh aku ini juga manusia biasa,
Kadang tersalah menangguk di air yang keruh,
Kadang lemah menjinak jiwa yang merusuh,
Lalu aku jatuh.
Sakit!


Engkau pandanglah aku..
Tidakkah Engkau berasa kasihan?
Tolong!
Aku mohon,
Hulurkanlah bantuan.
Bantu aku bangkit lagi!
Tolong!
Aku merayu,
Hantarkanlah kekuatan.
Bantu aku keluar dari gaung celaru ini!

Saturday, March 9, 2019

CINTA..Indahnya Cinta Di Syurga

Cinta itu indah
Cinta itu datang bukan dipinta dan bukan dipaksa
Cinta itu hadir atas naluri
Keikhlasan kejujuran kesetiaan

Cinta tak akan menyakitkan
Cinta tak akan melukakan
Cinta saling berkorban
Cinta saling menghargai
Cinta saling memahami
Cinta ada sebab
Cinta bukan saja-saja suka
Cinta bukan sengaja dicipta kemudian
Sengaja dikecewakan

Cinta tak perlu dilafazkan
Tapi cinta perlu dibuktikan

Karena cinta adalah anugerah
Dari-Nya

Kerana Allah itu amat memahami
Naluri Adam yang perlukan cinta
Makanya DiCiptakan Hawa untuk Adam cintai

Indahnya cinta Adam pada Hawa
Di Syurga mereka seperti merpati sejoli
Bercinta setulus ikhlas kerana-Nya
Mensyukur Kurniaan-Nya
Sebanyak-banyak-Nya
Indahnya Cinta di Syurga
Burung-burung berkicauan
Adalah zikir pada-Nya
Lafaz cinta Adam pada Hawa
Adalah bahasa-bahasa Syurga
Yang mendekat cinta pada-Nya
Indahnya bahasa cinta
Seindah-Nya Syurga
Indah....indah...indah....
Syukur...syukur...syukur pada-Nya
Indahnya saling menghargai
Cinta anugerah-Nya
Cinta anugerah-Nya DiCiptakan Di Syurga

Tapi si iblis sengaja mahu memusnahkan
Ikatan cinta Adam dan Hawa
Iblis cemburu dengan cinta Adam dan Hawa
Memikir...berusaha sehabis daya mahu memisahkan
Cinta Adam dan Hawa

Kerana usaha iblis yang tak mengenal putus asa
Adam dan Hawa terpisah akhirnya
Kerana memakan buah larangan di Syurga
Adam dan Hawa redha dipisahkan
Kerana mengaku kekhilafan pada Allah Azzawajallah
Bertemu dan berpisah kerana-Nya

Atas kekhilafan Adam dan Hawa
Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga
Diturunkan ke bumi
Mereka terpisah dalam redho
Akan takdir cinta dari-Nya

Semasa terpisah di dunia
Adam merindui Hawa
Hawa merindui Adam
Adam mencari Hawa
Hawa menunggu Adam

Hawa...sabarlah atas perpisahan ini
Perpisahan ini tak akan lama
Aku akan mencarimu
Hingga di hujung dunia
Tunggulah aku Hawa...tunggulah aku
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kau menciptakan Hawa untuk aku cintai
Kerana aku terlalu cintakannya
Aku terlalai hingga aku mengikut kehendaknya
Memakan buah larangan di Syurga-Mu
Ampunkan aku Ya Allah
Aku hamba-Mu yang tak bersyukur atas nikmat-Mu
Mencintai Hawa melebihi-Mu
Aku taubat Ya Allah
Aku bertaubat Ya Allah
Kaulah yang menjadi matlamat hidupku bukan Hawa
Kaulah yang kucinta sepenuh hati bukan Hawa
Cintaku pada-Mu mengatasi segala yang ada
Di langit dan di bumi
Cintaku pada-Mu Ya Allah tiada tandingan-Nya
Kerana Kau adalah Maha Hebat Maha Bijaksana
Aku hamba-Mu
Kerana Kau terlalu memahami aku
Kau ciptakan Hawa untuk aku syukuri
Namun aku lalai
Dengan cinta Hawa
Aku lupa akan janjiku pada-Mu
Kini baru aku faham
Kenapa kau ciptakan Hawa untukku
Kau mencipta Hawa untuk aku
Lebih mendekatkanku pada-Mu
Mengajak Hawa sama-sama mencintai-Mu
Jika dengan izin-Mu Kau temukan Hawa
Aku berjanji mengajak Hawa sama-sama
Meng-Agungkan-Mu
Mencintai-Mu hingga akhir hayat kami
Jikalah dengan izin-Mu
Kami dikurniakan zuriat untuk
Mewarisi bumi ini
Akan kusuruh zuriatku
Meng-Esa-kan-Mu
Di sebilangan masa dan ketika
Selalu mensyukuri atas segala nikmat
Yang Kau berikan

Pertemuan aku dengan Hawa
Adalah atas kehendak-Mu
Perpisahan aku dengan Hawa
Adalah atas kekhilafan aku dan Hawa
Kerana terpedaya dengan hasutan iblis laknatullah
Makanya ampunkan kami
Kami redha akan perpisahan ini Ya Allah
Perpisahan ini adalah ujian dari-Mu
Perpisahan ini pasti ada hikmah di sebalik-Nya
Kau menduga hamba-Mu sesuai dengan kemampuan hamba-Mu
Kau tahu aku dapat mengatasi-Nya
Kau ciptakan Hawa untukku bukan untuk berpisah
Tapi adalah untuk Meng-Agungkan-Mu Mencintai-Mu

Aku redha dengan pertemuan
Aku redha dengan perpisahan
Aku redha dengan pertemuan kembali dengan Hawa
Aku redha dengan dikurniakan zuriat yang ramai
Untuk menghuni bumi-Mu ini
Ini hikmah-Nya di sebalik perpisahanku dengan Hawa
Melahirkan manusia untuk menjadi penghuni bumi-Mu ini
Melahirkan manusia dengan kemanusiaannya
Bukan melahirkan manusia yang bertopengkan syaitan
Yang dengki khianatnya hingga mati
Dengki dengan manusia yang ingin pulang ke jalan-jalan-Mu

Ya Allah Kau ciptakan cinta di Syurga
Di Syurga kami bercinta
Jika tidak kerana dengki hianatnya iblis kepada cinta kami
Pasti semua zuriat kami tinggal di Syurga
Indahnya Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Hanya aku dan Hawa saja yang tahu betapa indah-Nya Syurga
Kerana terlalulah indah tak bisa hendak aku katakan
Cuma yang kukatakan terlalulah indah
Cinta Hawa anugerah-Mu memanglah indah
Seindah Syurga yang sejuk mata memandang
Makanya patrikan cinta-cinta kesemua zuriatku di bumi Di Syurga-Mu

Aku & Kamu..

Aku tidak pernah tahu, 
Sampai bila kisah ini akan berpenghujung, 
Namun aku hanya berharap, 
Kisah ini akan sampai pada satu titik, 
Dimana mata kita berdua 
Sudah tidak mampu untuk terbuka.. 
Walau tidak banyak waktu untukku
Bisa menghabiskan kisah ini berdua denganmu, 
Biarkan cinta yang tidak disengajakan ini,
Ku abadikan dalam sajak-sajak puisiku.. 

Sunday, February 17, 2019

Am I Crazy?


Am I crazy, 
For feeling the way that I do?

For every waking moment my thoughts are all of you.
If I lost the bliss of your sweet kiss,
I know not what I'd do.
I would pine away in just one day,
This I know is true.

Am I crazy,
When this is the way I feel?

Should I pinch myself to find out,
If this feeling is really real?
The beauty of your love has my head all in a spin.
As my heart beats mellifluously and deep for you within.

Am I crazy,
For craving your love that's so divine?

For needing to hold you closely,
In these loving arms of mine.
If I'm crazy for loving you the way that I do.
If I am my love, 
Please keep it our little secret.
Just between me and you...

Thursday, February 14, 2019

Hati Yang Resah


Hadirnya aku untuk membalut luka,
Luka seribu rindu, 
Rindu yang sekian lama aku pendam, 
Padamu ingin aku khabarkan,
Cintaku yang sarat terpendam,
Sedang diamuk badai resah, 
Resahnya dalam merinduimu,
Yang tak pernah kunjung datang.. 

Cinta.. 
Ada apa dengan cinta? 
Cinta berputik didalam hati, 
Terus mekar dan bercambah, 
Dari hari ke hari..
Saat mata bertentang mata rasa teruja,
Tidak berjumpa rasa terseksa, 
Rindu dendam bayangan wajah,
Terlakar indah memori kita tercipta, 
Walau berpisah namun tak pernah dilupa.. 

Sungguh, 
Gila merindu ingin bersua, 
Kerna janji kuturutkan jua,
Hanya mampu berdiam sahaja,
Wajah luka kian tercipta,
Angkara cinta yang tak pernah sudah,
Jauh terpisah bukan dipinta, 
Sudah tersurat tiada jodoh kita...

Saturday, January 26, 2019

Menahan Bisa..


Beban rindu yang tertahan-tahan, 
Beban kata-kata yang tidak mampu kuluahkan, 
Beban nya rasa kehilangan... 

Dan seterusnya rasa ini selalu terjadi, 

Dan tak pernah berkurang, 
Hatiku hanya untuk dirimu, 
Aku bahagia hanya bila kamu bahagia... 
Maaf untuk rindu ini...

Sedikit Waktu

Terkadang, Aku perlu waktu, Untuk sendirian.. Tanpa ditanya kenapa, Kerna, Aku pun tidak pernah tahu, Alasannya kenapa….