Saturday, August 25, 2018

Wednesday, August 15, 2018

Menyerah Takdir...


Dalam melayan rasa kasih yang datang, kadang aku tidak menyedari akan kehadiran ku sebenarnya menjadi beban dalam hidupmu..
Aku tidak sedar betapa sukarnya kamu lalui setelah kehadiranku..
Kekadang aku tanya sama hati, apa yang aku mahukan dalam hidupku?
Andai apa yang aku mahukan adalah kebahagiaan kita, maka aku harus perjuangkan..?

Benarkah..?
Tapi aku hanya mahu kebahagiaan orang yang aku kasihi, iaitu kebahagiaan kamu...
Maka aku harus bersedia untuk akur dengan pilihan yang ada...
iaitu PERGI....




Maaf Ya Allah,
Sesekali hati ini juga pandai merintih lelah,
Sesekali ia derhaka juga melayankan lemah,
Tahu, bukan hati ini tak tahu kalau semua yang berlaku ini ujian dari-Mu...
Terima, bukan ia tak terima semua ini telah Kau putuskan untuknya....

Namun ke mana mahu dicampakkan rasa sedih kalau memang itu rasa yang Kau beri?
Ke mana mahu dicampakkan rasa letih kalau Kau yang menetapkan larat kudrat ini?

Bukan, aku bukan sedang beralasan,
Aku bukan sedang menidakkan satu kesilapan,
Bukan!
Aku sebenarnya sedang mengakui kebesaran-Mu Ya Allah,
Aku sebenarnya sedang tunduk menyerah kalah!
Sungguh,
Tewas aku pada takdir-Mu Ya Allah..
Seperti biasa,
Sentiasa!

Maka ini aku datang seperti selalu memohon bantuan dari-Mu..
Ini aku datang merayu tanpa secubit pun rasa malu..
Ini aku ya Allah,
Hamba-Mu yang lemah datang menyembahkan resah
Engkau tenangkanlah....

dan, 
Bahagiakan mereka untuk ku......

Sunday, August 12, 2018

Menanti Janji...


Mungkin benar.... 
Moga suatu hari nanti, 
perjalanan kita akan bertemu di suatu simpang 
yang hanya tinggal kita berdua.. 
Biarlah walau hanya sekadar mimpi.. 

'Biarlah masa yang menentukan...'
Rindu itu pasti! 

Sedikit Waktu

Terkadang, Aku perlu waktu, Untuk sendirian.. Tanpa ditanya kenapa, Kerna, Aku pun tidak pernah tahu, Alasannya kenapa….