Sunday, December 28, 2008

C.I.N.T.A


Tuhanku.....
semoga aku ingin lebih menghibur daripada dihibur
memahami daripada difahami
mencintai daripada dicintai
kerana..
dengan memberi aku menerima
dengan memaafkan aku dimaafkan
dengan cinta aku bangkit kembali
dan dengan cinta aku hidup abadi.....

Monday, December 22, 2008

Perasaan itu..


Benarlah...
Perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup,
Hari ini tiada,
Tapi esok mungkin ada..
Hari ini ada,
Mungkin esok tiada..
Tapi aku tahu perasaan ini pada dirinya,
Tidak akan sirna sampai bila-bila..
Bukan senang untuk aku jatuh Cinta!
Bila sekali perasan itu bertapak,
Tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta..
Walaupun perasaan dendam pernah berapi didada ini..
Sesungguhnya kemaafan,
Adalah dendam yang terindah...

Ilusiku..

Andainya kau ingin menyintaiku..
Cintailah aku dalam diam..
Kerna ku tahu ianya,
Tak mungkin akan termakbul...
Setiap hari aku berharap,
Agar dapat ditukarkan,
Hidupku dengan hidupmu..
Tapi tak mungkin ditakdirkan..
Setiap saat menanti,
Aku keletihan..
Setiap detik menunggu,
Aku tak menentu..
Maafkan diriku Sayang..
Kiranya ilusiku mengatasi kemampuanku...

Sunday, December 21, 2008

Cinta Seorang Teman

Dulu engkau kenali, Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah, Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi, Berselindung dengan alasan...
Telah ku cantumkan,
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila,
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu, Selalu ada disisi...
Duhai teman,
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita, Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan, Ku tak sanggup kehilanganmu
Telah ku cantumkan,
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian, Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur, Lalu menganggu sanubariku...
Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu, Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui, Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita...
Duhai teman,
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu.....

Monday, December 1, 2008

Cinta Terpendam..


Mata ini terpukau dengan keindahan dirimu
Fikiran ini melayang memikirkan kata yang terucap
Degup jantung ini bagaikan menikmati rasa cinta kita
Biarkan tiada ikatan antara kita…
cukup untuk mengerakkan nadi kehidupan padaku
Hati ini bagaikan ingin melaungkan rasa cinta
namun jeritan tersekat dibatas oleh sesuatu
hanya mampu berinteraksi sebanyak mungkin
tanpa terputus ikatan persahabatan…
Cukup untuk aku merasakan kehangatan cinta itu
Setiap kerdipan mata ini adalah untukmu
Setiap kata-kata ini dipersembahkan untukmu
Setiap nafas ini adalah kerana mu…
Walau pada zahirnya kita tidak pernah bersama…