Sunday, October 26, 2008

Mencintaimu..


Sayang…
Jika aku pernah jatuh cinta
Hanya kau saja lelaki itu..
Aku hanya mencintaimu..
Terus mencintaimu..
Dan
Tetap mencintaimu..
Selamanya!
Selamanya sayang..
Selamanya…

Saturday, October 25, 2008

Rindu Lagi..

Semalam rindu itu datang lagi
Menjenguk seluruh minda ini
Langsung mengejut tidur memori ini
Yang sedang lena diulit mimpi…

Hari ini rindu itu bertandang lagi
Menjajah akal warasku
Menguasai segala paksi fikiran ini
Masih lagi kukuh, utuh dan kekal disitu
Mungkin esok sesuatu yang tak pasti
Namun ku pasti rindu itu akan hadir lagi
Kerana ianya mustahil akan mati
Selagi aku masih setia menanti…
Sayang...
'Pernahkah kau rindukan aku
Sebelum aku rindukan mu..
Pernahkah kau teringatkan aku
Sebagaimana aku teringatkan mu..
Pernahkah hatimu menyeru namaku
Sepertimana aku menyebut-nyebut nama mu..
Ataukah kau akan lupa diriku
Seandainya aku tidak mengucapkan sesuatu untuk mu…'

Monday, October 6, 2008

Ini Cintaku..

Sebelum ini tidak pernah aku merasakan
Keanehan yang melanda sebuah perasaan
Hati berkocak penuh debaran
Tatkala mata bertentangan...
Entah kenapa terjadi sedemikian
Mungkinkah ini yang dikatakan keajaiban
Atau sekadar fitrah kemanusiaan...
Wajahmu sukar untuk ku lupakan
Ku tutup mata,
Senyum mu masih diingatan
Ku buka mata,
Suaramu bergema kedengaran..
Hanya satu ku harapkan
Agar pertemuan bakal brulang di hari kemudian...

Sekali lagi perasaanku dilanda keresahan
Bayangan wajahmu mengundang kerinduan
Puas sudah ku cuba melawan
Namun aku tewas dalam pertarungan...
Bilakah gilaku akan berkesudahan
Memburu cintamu yang tiada kepastian
Kerana ku takut sekadar bertepuk sebelah tangan...
Ku doa semoga di antara kita
Tercipta sebuah perhubungan
Walau kita ada perbezaan
Kita masih bisa mencari segaris persamaan...