Sunday, October 26, 2008

Rindu Lagi..

Semalam rindu itu datang lagi
Menjenguk seluruh minda ini
Langsung mengejut tidur memori ini
Yang sedang lena diulit mimpi…

Hari ini rindu itu bertandang lagi
Menjajah akal warasku
Menguasai segala paksi fikiran ini
Masih lagi kukuh, utuh dan kekal disitu
Mungkin esok sesuatu yang tak pasti
Namun ku pasti rindu itu akan hadir lagi
Kerana ianya mustahil akan mati
Selagi aku masih setia menanti…
Sayang...
'Pernahkah kau rindukan aku
Sebelum aku rindukan mu..
Pernahkah kau teringatkan aku
Sebagaimana aku teringatkan mu..
Pernahkah hatimu menyeru namaku
Sepertimana aku menyebut-nyebut nama mu..
Ataukah kau akan lupa diriku
Seandainya aku tidak mengucapkan sesuatu untuk mu…'

No comments:

Sedikit Waktu

Terkadang, Aku perlu waktu, Untuk sendirian.. Tanpa ditanya kenapa, Kerna, Aku pun tidak pernah tahu, Alasannya kenapa….