𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.

Thursday, March 12, 2009

Kau Pergi Sayang

Terasa hatiku merasa rindu yang amat sangat...
Tertegun sesaat hatiku teringat akan dirimu,
kubaitkan puisi ini hanya untukmu,
Tidak tahu apa yang bermain difikiranku,
aku terdiam kaku saat itu,
Ketika itu.....
entah…
entah…
Aku tidak tahu,
Aku harus bagaimana menyikap perasaan ini,
Doaku,
Semoga kau akan tenteram disana kekasihku..

Friday, March 6, 2009

Sekadar Renungan...

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS
Jika diri tak seindah SULAIMAN..
Mengapa mengharap dari si tampan
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA..
Jangan mendamba seteguh IBRAHIM
Jika diri tak sekuat HAJAR..
Mengapa di damba teman hidup
seistimewa SITI KHADIJAH
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH..."
"Kecantikkan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakan..
Susuk yang ia tampilkan atau
bagaimana ia menyisir rambutnya..
Kecantikkan seorang wanita
harus dilihat dari matanya,
Kerana itulah pintu hatinya..
Tempat dimana Cinta itu ada..."

Cinta & Kehidupan..

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah
Tetapi ia terlalu manis untuk dikenang..
Hidup tidak selalu indah
Tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan..
Andai hadirnya cinta
Sekadar untuk mengecewakan
Lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..
Kecewa bercinta bukan bermaksud
Dunia telah berakhir..
Masa depan yang cerah
Berdasarkan pada masa yang lalu
Yang telah dilupakan..
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya
Tetapi..
Ia amat menyakitkan
Andai kita melaluinya sambil lewa...

Wednesday, March 4, 2009

Itu Aku..

"Jika ada sepuluh orang mengambil berat terhadapmu,
maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku..
Jika hanya salah seorang saja yang mengambil berat terhadapmu,
maka sudah tentu orang itu adalah aku..
Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi,
maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini..."

Monday, March 2, 2009

Kisah Romantis..

Mengejar dirimu takkan ada habisnya
Membuat diriku menggila
Bila hati ini menjatuhkan pilihan
Apapun akan kulewati..
Hari ini sayang sangat penting bagiku
Kau jawapan yg aku cari
Kisah hari ini kan ku bagi denganmu
Dengarlah sayang kali ini
Permintaanku padamu..
Dan dengarlah sayangku
Aku mohon kau menikah denganku
Ya hiduplah denganku
Berbagi kisah hidup berdua..
Cincin ini sayang terukirkan namamu
Begitu juga di hatiku
Hujan warna-warni kata orang tak mungkin
Namun itu mungkin bagiku
Sebuah tanda cintaku...

𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮

𝖪𝗂𝗍𝖺 𝖽𝖺𝗍𝖺𝗇𝗀 𝗄𝖾 𝖽𝗎𝗇𝗂𝖺 𝗍𝖺𝗇𝗉𝖺 𝗉𝖾𝗍𝖺. 𝖧𝖺𝗇𝗒𝖺 𝗇𝖺𝖿𝖺𝗌 𝗉𝖾𝗋𝗍𝖺𝗆𝖺 𝖽𝖺𝗇 𝗍𝖺𝗇𝗀𝗂𝗌 𝗌𝖾𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 𝖻𝖾𝗄𝖺...