Ya Allah, Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku,
Tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi,
Dan Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Ya Allah…
Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat,
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun Akhirat,
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka..
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia
Sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku
Keturunan yang soleh dan solehah…
𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗗𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗶, 𝗖𝘂𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗝𝗮𝘂𝗵
𝙰𝚍𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚎𝚋𝚊𝚐𝚊𝚒 𝚔𝚊𝚠𝚊𝚗, 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚝𝚎𝚝𝚊𝚙 𝚖𝚊𝚑𝚞 𝚕𝚒𝚑𝚊𝚝 𝚋𝚎𝚛𝚓𝚊𝚢𝚊...
-
Senyummu adalah bahagiaku..Ceriamu adalah dambaku..Gelisahmu adalah kebimbanganku..Air matamu adalah kesedihanku..Kau pelipur lara dukaku..K...
-
Kadang... Ada saat dimana kita harus hadapi semua dengan sendiri.. Mesti hati menangis, Tiada pilihan lain Selain berusaha TEGAR dan DOA...
1 comment:
Amin.
Perkenaankanlah doa hamba Mu itu
ya Allah .
Tempatkanlah dia berada dikalangan
hamba Mu yang Kau kasihi.
Hindarkan kegusarannya.
Jelmakan ketenangan jiwa buatnya.
Sesungguhnya dia kekasih ku.
Ku pohon pada Mu.
Allah Yang Maha Kuasa.
Post a Comment