Sunday, September 13, 2009

Takziah..."Sahabat"

Sahabatku
Bila aku dikhabarkan beritamu
Kau sudah dijemput pergi menghadap Ilahi
Ada getar rasa membumbui sukmaku
Ada bayang duka menyelubungi lubuk jiwa
Lantas naluriku bertanya
Inikah pengakhiran ikatan persahabatan?

Sahabatku..
Pantas semalam kulihat mentari suramT
idak seceria dan segirang selalu
Namun hari ini kulihat ia semakin suram
Mungkin turut menangisi pemergianmu
Melestarikan segala kisah suka duka
Memori kenangan indah waktu bersamamu.....
Sahabatku..
Senyuman manismu yang terukir di bibir
Itu yang terakhir kumelihat dirimu
Itulah jua hadiah paling bermakna darimu
Lewat bual bicara di pertemuan wida’
Berkongsi bahagia fikrah berjuang
Segalanya masih basah di ruang ingatan....

Sahabatku..
Akan kuteruskan perjuangan ini tanpamu di sisi
Kehidupan pasti mengucapkan tahniah buat dirimu
Semoga bersamamu insan-insan yang soleh
Menelusuri damai abadi dalam menuai janjiNya
Dan kuharap kita akan bertemu lagiDi gerbang istana syurga menanti..

Amiin.....

"Buat sahabatku, Noor Fazliana...moga rohmu dcucuri rahmat oleh Allah swt & tenang disana..

Aku akan sll merinduimu SAHABAT..."

No comments: