𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.

Sunday, December 21, 2008

Cinta Seorang Teman

Dulu engkau kenali, Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah, Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi, Berselindung dengan alasan...
Telah ku cantumkan,
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila,
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu, Selalu ada disisi...
Duhai teman,
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita, Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan, Ku tak sanggup kehilanganmu
Telah ku cantumkan,
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian, Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur, Lalu menganggu sanubariku...
Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu, Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui, Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita...
Duhai teman,
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu.....

Monday, December 1, 2008

Cinta Terpendam..


Mata ini terpukau dengan keindahan dirimu
Fikiran ini melayang memikirkan kata yang terucap
Degup jantung ini bagaikan menikmati rasa cinta kita
Biarkan tiada ikatan antara kita…
cukup untuk mengerakkan nadi kehidupan padaku
Hati ini bagaikan ingin melaungkan rasa cinta
namun jeritan tersekat dibatas oleh sesuatu
hanya mampu berinteraksi sebanyak mungkin
tanpa terputus ikatan persahabatan…
Cukup untuk aku merasakan kehangatan cinta itu
Setiap kerdipan mata ini adalah untukmu
Setiap kata-kata ini dipersembahkan untukmu
Setiap nafas ini adalah kerana mu…
Walau pada zahirnya kita tidak pernah bersama…

Saturday, November 22, 2008

Secebis Tinta Biru..

Aku abadikan saat ini dalam puisi..
Akulah yang berdiri disisi mu
menghimpun kuntum teratai
putih dan merah jambu
buat hias ranjang malam kita
agar mimpi yang indah-indah
seindah mimpi Rama dan Sita
kala memetik gitar
bersenandung lagu cinta alam
bergema di serata benua
penuh restu dan cinta damai..

Wednesday, November 19, 2008

Tuesday, November 18, 2008

Cinta Suami Isteri...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'

𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮

𝖪𝗂𝗍𝖺 𝖽𝖺𝗍𝖺𝗇𝗀 𝗄𝖾 𝖽𝗎𝗇𝗂𝖺 𝗍𝖺𝗇𝗉𝖺 𝗉𝖾𝗍𝖺. 𝖧𝖺𝗇𝗒𝖺 𝗇𝖺𝖿𝖺𝗌 𝗉𝖾𝗋𝗍𝖺𝗆𝖺 𝖽𝖺𝗇 𝗍𝖺𝗇𝗀𝗂𝗌 𝗌𝖾𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 𝖻𝖾𝗄𝖺...