𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.

Tuesday, July 14, 2009

Selamat Hari Lahir Buat Suamiku...


Senyummu adalah bahagiaku

Ceriamu adalah dambaku

Gelisahmu adalah kebimbanganku

Air matamu adalah kesedihanku

Kau pelipur lara dukaku

Kau pengiring suka citaku

Bersama kita dalam hari-hari keberkahan

Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta

Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang

Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu

Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..

Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati

Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu

Wahai bintang, bulan dan angin

Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya ...

Dengan ketulusan dan kejujuran

Salam sayang dari isterimu.....

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.......

“Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah”

Wednesday, June 24, 2009

Lelaki Jujur...

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"...

Tuesday, June 23, 2009

Keliru..?

Adakah tapak tangan kita berpeluh,
hati kita berdebar kencang
dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta,
itu SUKA...

Adakah kita tidak dapat melepaskan
pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta,
itu NAFSU...

Adakah kita menginginkannya
kerana kita tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta,
itu KESEPIAN...

Adakah kita mencintainya
kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta,
itu KESETIAAN...

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya
kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta,
itu BELAS KASIHAN...

Adakah kita mengatakan padanya
bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta,
itu DUSTA...

Adakah kita rela memberikan semua
perkara yang kita senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta,
itu KEMURAHAN HATI...

Adakah kita menjadi miliknya kerana
pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta,
itu TERGILA-GILA...

Adakah kita memaafkan kesalahannya
kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta,
itu PERSAHABATAN...

Tetapi...
Adakah kita tetap bertahan kerana
campuran antara kesakitan dan kegembiraan
yang membutakan dan tak terfahami...
menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA....

Friday, June 19, 2009

Kekuatan Api Cinta...


Al-kisah suatu ketika dahulu, Kapak, Gergaji, Palu dan Nyala Api dalam satu perjalanan bersama-sama. Disuatu tempat, perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalang jalan. Mereka berusaha menyingkirkan besi waja tersebut dengan kekuatan yang nereka miliki masing-masing.

"Itu dapat aku singkirkan," kata Kapak. Pukulan-pukulannya keras sekali menghentam besi yang kuat dan keras itu. Tapi setiap hentaman hanya membuat kapak itu lebih tumpul sampai ia terpaksa berhenti.

"Sini, biar aku yang uruskan," kata Gergaji. Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasan, iapun mulai menggergaji. Tapi terkejut dan kecewa ia, semua giginya jadi tumpul dan jatuh.

"Lihat, aku sudah cakap," kata Palu, "Kan aku sudah cakap kamu semua tak dapat lakukan. Sini, sini aku tunjukkan caranya," Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya terpantul sendiri dan besi tetap tidak berubah.

"Boleh aku cuba?" tanya Nyala Api. Dan iapun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, membelai, memeluk dan mendakap besi itu seerat-eratnya seperti tidak mahu melepaskannya lagi. Akhirnya, besi yang keras itupun meleleh cair...

Renungan bersama..
"Ada banyak hati yg cukup keras utk melawan kemurkaan dan amukan kemarahan demi harga tinggi. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat. Betapa kebijaksanaan ada dalam sebuah kelembutan dan kehangatan, seperti api mencairkan hati yg dingin. Tidak ada yg tahan berhadapan nyala cinta kasih....
(Petikan dari KOLEKSI CINTA (LOVE)..)

Cinta dan Airmata...

Cinta...
Banyak yang mengagumimu,
Dan suka duka selalu menyelimuti,
Dua sejoli adalah rasa yang telah terungkap..

Airmata...
Menitis lembut dari mata ke pipi,
Untuk seseorang atau yang lain,
Dan tak hanya duka, suka pun ada....

Pada saat lahir...
Manusia akan menangis,
Dan saat kita menutup mata,
Orang kan menangisi kita,

Kau tahu mengapa?
Kerna Cinta dan Airmata
Adalah satu,
Saat kehidupan masih ada.....

𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮

𝖪𝗂𝗍𝖺 𝖽𝖺𝗍𝖺𝗇𝗀 𝗄𝖾 𝖽𝗎𝗇𝗂𝖺 𝗍𝖺𝗇𝗉𝖺 𝗉𝖾𝗍𝖺. 𝖧𝖺𝗇𝗒𝖺 𝗇𝖺𝖿𝖺𝗌 𝗉𝖾𝗋𝗍𝖺𝗆𝖺 𝖽𝖺𝗇 𝗍𝖺𝗇𝗀𝗂𝗌 𝗌𝖾𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 𝖻𝖾𝗄𝖺...