Friday, January 9, 2009

Terima Kasih Teman

Telah lama ku intai bayangmu
Namun tidak pernah kau tahu akan kehadiranku
Dari hari ke hari
CINTA ku mulai berputik buatmu..

Kucuba usir rasa ini
Namun,
Siapalah diriku ini untuk menolak
Kehadiran CINTA di dalam hati ini

dan..
Tanpa aku sedari
Kau jua mengintai bayanganku
Mengharap akan kehadiranku
Tiap waktu..

Ku luahkan padamu
Rasa CINTAku
Yang telah terpendam lama
Jauh nun di sudut hatiku
Apakah kau jua merasakannya??
Ya!
Terima kasih teman!!

Terima kasih..
Kerana sudi menyirami cintaku yang tandus
Kerana sudi membajai p0hon kasih
Kerana sudi mengisi kek0songan hatiku
Kerana sudi berk0ngsi suka dan duka bersama ku..

Dan terima kasih..
Kerana sudi menCINTAiku…

1 comment:

Anonymous said...

Ingin di hati terus bermadah
Mengungkap kasih biar berpanjangan
Ikatan kasih tersimpul sudah
Kiranya hati sudah tertawan

Tercapai sudah hajat di hati
Terlerai kasih menjadi sanjungan
Agar cinta sentiasa bersemi
Utuh berdiri kekal berzaman

Wahai teman kekasih hati
Senyum manismu pengubat rinduku
Jagalah dirimu setiap hari
Sanjungkan kasih terhadap ibumu

Berharap diri untuk bertemu
Hanya masa penghalang jua
Hati ini hanya untukmu
Bersua kita dilain masa

Sedikit Waktu

Terkadang, Aku perlu waktu, Untuk sendirian.. Tanpa ditanya kenapa, Kerna, Aku pun tidak pernah tahu, Alasannya kenapa….