𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.

Tuesday, May 19, 2009

Mengertilah..

Salahkah bilaku mencintaimu?
Salahkah ku menyayangi dirimu?
Salahkah bilaku ingin memiliki dirimu?
Perasaan ini tak bisa dipendam lama lagi
Saatku melihatmu,
Detak jatungku berdetak sangat...
Kamulah yang ku tunggu selama ini SAYANG!
Aku tak bisa mengatakannya padamu,
Bahawa aku cinta dan sayang kamu,
Keberanianku hilang...
Mungkin aku hanya bisa memilikimu dalam mimpi
Dan anganku semata..
Aku hanya bisa mengagumimu dari kejauhan..
Aku hanya bisa menyayangimu,
Dan mencintaimu tanpa bisa memilikimu...
Andai kau tahu perasaanku ini,
Kerna aku tidaklah sempurna
Dan mungkin tidak layak
Untukku memilikimu yang begitu sempurna dimataku...

Kamu..

Bintang yang terang..
sinarmu sungguh indah..
keindahanmu mengingatkan aku pada seseorang..
dimana aku sangat merindukannya...
malam yang begitu sunyi…
mengapa dia tak hadir untuk menemaniku..
angin yang berhembas dengan kencang..
Tuhan sampaikan salam ku padanya..
bahawa aku sangat merindukannya..
kuingin dia selalu mencintaiku..
dimanapun dia melangkah....
Setiap kataku adalah kata Cinta padamu..
Dihatiku hanya ada satu nama..
iaitu KAMU..
Setiap langkahku hanya untukmu..
Aku hidup adalah untuk mencintaimu..
Dan aku mati pun,
Akan ku kenang dirimu...

Tuesday, May 5, 2009

Ingin Lagi..

Ingin rasanya aku mengulang waktu lagi
Ingin rasanya kugenggam jemarimu lagi
Ingin rasanya kuhanyut dalam erat dakapanmu lagi
Ingin rasanya pipi ini bersenggama
dengan telapak tanganmu lagi
Ingin rasanya bibir ini bercumbu dengan manis kata2mu lagi
Ingin rasanya diri ini berdua denganmu lagi
Ingin rasanya hati ini kembali kau curi lagi….
Jangan pernah kau kembalikan
Kerna sejak hari itu hati ini milikmu...

Friday, April 24, 2009

Sayang MAK Sangat-sangat..

Hari ini semua adik beradik pulang beraya setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak balik beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,
“Tak payah” katanya“Biar mak yang buat nanti lain rasanya”.
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.


Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. Memang berselera semua sukakan nasi goreng mak. Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…
“Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”Seraya tu abang ku bertanya, “Siapa tak makan lagi nasi ni”.Aku menjawab “Mak belum makan apa lagi tu.”
Mak dengan bersungguh menjawab, “Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi…”
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.
“Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya…”
Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Lantas aku tanya,
“Mak nak apa… Nak ambilkan…”“Takpa nak rasa ni sikit.”


Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.


YA RABB Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN…

Tuesday, April 21, 2009

U n' ME...


I asked U if I was PRETTY, U said NO..
I asked U if I was FAT, U said YES OF COURSE..
I asked if U WANTED to be with me forever, U said NO..
I asked U if U would CRY if I walked away, U said NO..
I had heard to much, and need to leave and,
as I walked away...
U grabbed my arm and told me to stay..
U said...
U r not PRETTY, U r BEAUTIFUL..
The only thing FAT, or BIG, about U is Ur HEART..
I don't want to be with U forever, I NEED to be with U forever..
And Baby..
I wouldn't CRY if U walked away,but..
I would DIE....

𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮

𝖪𝗂𝗍𝖺 𝖽𝖺𝗍𝖺𝗇𝗀 𝗄𝖾 𝖽𝗎𝗇𝗂𝖺 𝗍𝖺𝗇𝗉𝖺 𝗉𝖾𝗍𝖺. 𝖧𝖺𝗇𝗒𝖺 𝗇𝖺𝖿𝖺𝗌 𝗉𝖾𝗋𝗍𝖺𝗆𝖺 𝖽𝖺𝗇 𝗍𝖺𝗇𝗀𝗂𝗌 𝗌𝖾𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 𝖻𝖾𝗄𝖺...