Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,
Sesungguhnya aku adalah Hawa temanmu,
Yang kau pinta semasa kesunyian diSyurga dahulu...
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok,
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku,
Sentiasa inginkan kebimbangan darimu,
Sentiasa mahu terpesong dari landasan,
Kerana buruan Syaitan...
Adam...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku
Lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,
Itu ketelitian Allah dalam urusan-Nya,
Jika kaummu mengatasi kaumku,
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
Kacau bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa,
Buktinya cukup nyata dari peristiwa kaum Habil & Qabil,
Sehingga zaman cucu-cicitnya pun begitu,
Maka tidak selaraslah Undang-undang Allah,
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu,
Tidak lebih empat pada satu wanita...
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku,
Tapi aku risau....
Gundah gulanaku menyaksikan tingkahmu,
Aku...
Sejak dulu lagi sudah tahu,
Bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu,
Terasa berat rasanya untuk menyatakan isi perkara...
Adam...
Aku tahu bahawa di dalam Al-Quran,
Ada ayat menyatakan kaum lelaki menguasai terhadap kaum wanita,
Kau diberi Amanah untuk mendidikku,
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
Memerhati dan menguasai aku,
Agar sentiasa dalam redha Tuhanku & Tuhanmu...
Adam...
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
Aku dan kaumku telah ramai menderhakakanmu,
Ramai yang tahu aku menyimpang dari jalan yang ditetapkan,
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal dirumah,
Di jalan-jalan..di pasar-pasar..di bandar-bandar bukan tempatku,
Jika terpaksa keluar dari rumah,
Seluruh tubuhku mesti ditutup,
Dari hujung rambut sampai hujung kaki,
Tapi realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya...
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi Ibu..aku jadi Guru,
Itu sudah katamu..
Aku Ibu dan Guru kepada anak-anakmu,
Tapi sekarang diwaktu yang sama,
Aku ke hutan memikul senjata,
Padahal kau duduk saja,
Ada diantara kau yang menganggur tidak bekerja,
Kau perhatikanku memanjat tangga,
Di pejabat Bomba..
Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara,
Apakah kau sekarang tidak seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku...
Adam...
Marahkah kau jika aku katakan,
Andainya kaum Hawa terpesong,
Maka Adam yang Tanggung!
Kenapa?
Mengapa begitu Adam???
samb......
Jika tak sekuat hujan yang menyatukan langit dan bumi, jadilah selembut doa yang menyatukan harapan dan takdir”
Wednesday, September 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedikit Waktu
Terkadang, Aku perlu waktu, Untuk sendirian.. Tanpa ditanya kenapa, Kerna, Aku pun tidak pernah tahu, Alasannya kenapa….
-
Senyummu adalah bahagiaku..Ceriamu adalah dambaku..Gelisahmu adalah kebimbanganku..Air matamu adalah kesedihanku..Kau pelipur lara dukaku..K...
-
Terkadang, Aku perlu waktu, Untuk sendirian.. Tanpa ditanya kenapa, Kerna, Aku pun tidak pernah tahu, Alasannya kenapa….
-
Aku tidak pernah tahu, Sampai bila kisah ini akan berpenghujung, Namun aku hanya berharap, Kisah ini akan sampai pada satu titik, ...
No comments:
Post a Comment