𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.

Wednesday, April 8, 2009

Hebatnya Cinta..


Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, meskipun kamu tahu ia tak sendiri lagi, dan meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas, tapi kamu tetap mencintainya…
Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai, meskipun kamu tahu ia takkan pernah peduli ataupun ia peduli dan mengerti, tapi ia tetap pergi…
Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah…

Aku pernah........
Aku pernah tersenyum meskipun aku terluka kerana kuyakin Tuhan tak menjadikannya untukku…
Aku pernah menangis kala bahagia, kerana kutakut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja…
Aku pernah bersedih kala bersamanya, kerana kutakut aku akan kehilangannya suatu saat nanti, dan
...
Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya, kerana sekali lagi, cinta tak harus memiliki, dan DIA pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku…
Aku tetap bisa mencintainya, meskipun ia tak dapat kurengkuh dalam pelukanku, kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga……

No comments:

𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗗𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗶, 𝗖𝘂𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗝𝗮𝘂𝗵

𝙰𝚍𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚎𝚋𝚊𝚐𝚊𝚒 𝚔𝚊𝚠𝚊𝚗,
 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚝𝚎𝚝𝚊𝚙 𝚖𝚊𝚑𝚞 𝚕𝚒𝚑𝚊𝚝 𝚋𝚎𝚛𝚓𝚊𝚢𝚊...