𝘑𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯, 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵. 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢.

Thursday, November 23, 2017

Tidak Lama Lagi...

Tidak layakkah aku untuk bersedih bila melihat pohon jarak itu mula membenih?

Tidak berhakkah aku untuk merintih bila yang pernah ku hantar untuk melindunginya adalah awan percaya tapi kemudian sebusut pura-pura  itu berjaya bongkas memusnahkan segala-galanya?

Sungguh telah lelah ku cuba hindarkan segala baja keegoan dengan harapan pohon jarak itu akan mati perlahan-lahan. 


Namun ternyata benih yang barangkali dulunya tertanam atas nama takdir kini semakin menyubur dengan jirusan diam atau kalau pun disiram hanyalah dari air sindir menyindir.


Ku lihat pepohon jarak itu kian menumbuh, segar dan membesar hingga apa yang seharusnya kembali menyatu akhirnya kian terpisah beribu batu.


Lalu aku hanya mampu memandang realitinya di sini...  tanpa hati...  tapi juga tanpa benci. 


Biarlah. 


Tak mengapa kalau benar kamu mahu menjauh seperti ini. 


Tak mengapa kalau segalanya harus berakhir seperti ini.


Kalau sudah itu kata Dia, kalau hanya itu pilihan yang kamu ada, aku takkan bersedih, takkan merintih, takkan ku rayu apa-apa kerana sungguh aku telah memilih untuk mengikhlaskan saja.


Aku terima kerana aku tahu jika tidak hari ini, kita akan terpisah juga suatu hari nanti.  


Kerana jika bukan kamu yang melangkah kaki menjauhkan diri, tetap juga aku yang akan pergi.


Tidak lama lagi.


Tidak lama lagi..

No comments:

𝗗𝗶 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗶𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵

  𝖧𝖺𝗋𝗂 𝗂𝗍𝗎, 𝖽𝗎𝗇𝗂𝖺 𝗌𝖾𝗈𝗅𝖺𝗁-𝗈𝗅𝖺𝗁 𝖻𝖾𝗋𝗁𝖾𝗇𝗍𝗂 𝖻𝖾𝗋𝗉𝗎𝗍𝖺𝗋.
𝖸𝖺𝗇𝗀 𝗍𝗂𝗇𝗀𝗀𝖺𝗅 𝗁𝖺𝗇𝗒𝖺𝗅𝖺𝗁 𝗌𝗎𝗇𝗒𝗂, ...